Pulau-pulau terindah di Malaysia menandingi negara lain

Latest

Pulau Kapas

 

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:

“Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari….”

Cara ke sana

  • Melalui jeti di bandar Marang, Terengganu.

Keistimewaan

  • Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
  • Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
  • Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

 

Bookmark and Share

Advertisements
Gallery

Pulau Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

“Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.

Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—”Langka” (keindahan) dan “Wi” (tidak terkira).

 

<!– AddThis Button BEGIN –>
<div><a href=”http://www.addthis.com/bookmark.php?v=300&amp;pubid=ra-5072ddb55525c394&#8243; title=”Bookmark and Share” target=”_blank”><img src=”http://s7.addthis.com/static/btn/v2/lg-share-en.gif&#8221; width=”125″ height=”16″ alt=”Bookmark and Share” style=”border:0″/></a></div>
<!– AddThis Button END –>

Laman Utama

 Selamat datang ke Blog Pulau Malaysia, mari kita kenali dan berkongsi keindahan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Sebenarnya terdapat banyak pulau yang sangat cantik di negara Malaysia ni.. nak tau antara pulau-pulau nya? JOM kite kenali…..

PULAU – PULAU DI MALAYSIA

Pulau langkawi

Pulau Dayang Bunting

Pulau Kapas

Pulau Mabul

Pulau Pangkor

Pulau Perhentian

Pulau Redang

Pulau Sipadan

Pulau Tioman